Kalau kau tengah survey Medical Takaful, kemungkinan besar kau akan jumpa ada plan yang memang murah. Ada juga yang agak mahal. Selain Room & Board, Cashless Admission, dan Annual Limit, faktor ni pun patut diambil kira.
Ia sama ada caruman Step Up atau Level. Beza antara dua ni — untuk Step Up, kau carum jumlah yang lebih rendah berbanding caruman Level pada tahun-tahun awal. Tapi, jumlah caruman akan jadi lebih tinggi bila kau makin tua.
Untuk caruman Level, kau carum lebih tinggi berbanding caruman Step Up pada tempoh awal polisi kau. Dengan andaian semua faktor kekal sama (tiada medical repricing dan tiada penggunaan berlebihan dana Tabarruq), kau bayar jumlah yang sama sampai polisi tamat.
Jadi sebelum komited untuk carum sesuatu polisi, tanya ejen takaful kau pasal ni dan faham betul-betul sebelum buat keputusan.
P/s: Jangan lupa, kita bukan bayar “premium” untuk coverage. Sebaliknya, kita carum ke dalam dana yang akan lindungi orang lain yang memerlukan. Itulah maksud takaful.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.