Kalau kau merchant, akan sampai satu masa kau perlu sediakan lebih banyak payment method untuk customer. Ada customer minta bayar dengan kad kredit, ada yang lebih suka guna servis Buy Now Pay Later.
Kad Kredit (CC) tawar Merchant Discount Rate (MDR) yang lebih rendah berbanding servis Buy Now Pay Later (BNPL).
Kos jadi pertimbangan utama setiap bisnes. Maknanya, kalau customer ada dua pilihan tu, lebih baik kau minta customer bayar dengan CC dari BNPL. Margin kau tentu lebih baik dalam jangka panjang.
Tapi, sebab stigma tentang penggunaan kad kredit (akses kredit senang menyebabkan hutang tak habis), orang elak guna CC. Mereka pindah ke BNPL. Peliknya, BNPL lebih predatory berbanding CC. Tapi orang sekarang nampak ok je dengan ia, entah kenapa. Huh?
Jadi, terima BNPL bermakna jualan bisnes kau boleh naik. Lebih baik ada lebih banyak pilihan bayaran untuk customer. Tapi bila sampai ke preference, kau patut galakkan customer bayar dengan CC, bukan BNPL.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.