Wanzul Blog

Nota, pendapat, dan pengajaran yang aku bayar sendiri.

The last 5G NR You Will Ever Need

5G NR Broadband Terakhir Yang Kau Akan Perlukan

Kalau kau cari sambungan internet laju, tapi tak nak pasang kabel fiber optik, Yes 5G Wireless Broadband jawapannya. Aku dah guna seminggu dan pengalamannya bagus.

Setup

Aku guna TP Link Deco X50-5G AX3000 Whole Home Mesh WiFi 6 Gateway bersama TP Link Archer AX55.

Deco X50-5G AX3000 Whole Home Mesh WiFi 6 Gateway
TP Link Archer AX55

Secara asasnya, Deco diset untuk terima signal 5G NR, sementara Archer siarkan rangkaian wireless. Walaupun Deco sendiri boleh siarkan wireless, aku dapat speed dan kestabilan lebih baik bila tak guna wireless dari Deco tu sendiri.

Setup ni mahal — dua device tu dalam RM 1,500.

Tapi, tengok harga bulanan Yes 5G Flexi Wireless Broadband, ia murah dan portable sekali (cuma RM 58/bulan sebelum SST).

Speedtest

Hasil: https://www.speedtest.net/result/15452363138

Keputusan

Aku dah test dengan plan U Mobile 5G Home dan juga Yes 5G Wireless Broadband. Dua-dua plan sama bagus dan bagi speed sambungan yang sama (dua-dua menumpang rangkaian Digital Nasional Berhad). Jadi pilihan terbaik jatuh pada plan Yes 5G Wireless Broadband, sebab:

  • P2P/Torrent tak disekat, tak macam U Mobile. Jadi kau rasa hampir dengan “pengalaman macam fiber“.
  • Harga bulanan lebih murah @ RM 58/bulan berbanding RM 68/bulan untuk U Mobile.
  • Tiada fair usage policy untuk penggunaan 5G, sementara U Mobile ada @ 1TB/bulan.
Disclaimer: Artikel ni bukan sponsored oleh Yes, ini pendapat dan pengalaman aku sendiri.

Update: Aku masih guna plan ni sampai hari ni @ 12 Mac 2024 👍

Wan Zulkarnain Avatar

Written by 


Comments

Leave a Reply