Wanzul Blog

Nota, pendapat, dan pengajaran yang aku bayar sendiri.

Review after wearing Galaxy Watch 4 after 1 year

Setahun Pakai Galaxy Watch 4: Bagus, Tapi Tak Semua

Aku dah pakai Samsung Galaxy Watch 4 (44mm) lebih setahun. Setakat ni, rasa aku bercampur. Kadang aku suka, kadang tak. Ini pandangan aku.

Yang bagus

Galaxy Watch 4 banyak feature. Ia boleh terima panggilan — maksudnya aku boleh jawab dan bercakap terus guna jam tu. Lepas tu, ia nampak padan betul dengan aku bila pakai.

Selain terima panggilan, jam ni pun boleh hantar SMS atau balas mesej WhatsApp. Kadang-kadang, bila aku dalam situasi yang tak dibenarkan guna smartphone, jam ni selamatkan hidup aku.

Yang tak bagus

Bateri terlalu pendek.

Ia tak serasi dengan mana-mana Qi Charger. Ia perlukan charger tertentu, bukan sebarang Qi Charger.

Nak set Samsung Pay maknanya kau terpaksa set pin untuk jam tu. Tiada pilihan lain.


Itu je. Untuk barang yang berharga RM 999, ia agak mahal. Kalau kau tengah ketat budget, aku tak cadangkan.

Wan Zulkarnain Avatar

Written by 


Comments

Leave a Reply