Wanzul Blog

Nota, pendapat, dan pengajaran yang aku bayar sendiri.

Review after 1 year using Honda Vario

Review Selepas Setahun Guna Honda Vario 150

Dah setahun lebih aku guna Honda Vario 150. Aku beli motor ni pada 23 Disember 2021, betul-betul lepas siri covid-lockdown habis. Aku dah bawak motor ni KL ke Penang pergi balik beberapa kali dan setakat ni, pengalaman yang cukup bagus setakat ni.

Benda yang aku suka

Bagi aku, enjin cukup kuat untuk ride santai dari rumah ke office. Bukan laju, tapi aku memang suka kelembutan enjin tu.

Aku selalu travel KL <> Penang dan setakat ni, dia tak bagi kejutan apa pun di lebuh raya PLUS.

Kadang-kadang aku kerja sebagai Foodpanda Rider, dan keyless tu bonus besar untuk aku. Bila aku tinggal motor, aku tak perlu fikir pasal kunci sebab kunci ada dalam poket.

Benda yang buat aku kecewa

Ruang bawah seat tu besar, tak dinafikan. Tapi tak cukup besar untuk aku. Ok untuk kebanyakan kes, cuma untuk ride jarak jauh, lebih baik kalau ruang tu lebih besar sikit.

Aku juga baru perasan (selepas setahun guna) yang enjin overheating boleh dibetulkan dengan tukar spark plug. Sebelum tu, aku ada pengalaman coolant dalam spare tank selalu kering (walaupun tak ada leakage) dan indikator enjin overheating menyala bila aku ride ~1 jam tanpa henti. Nasib baik, isu ni dah selesai lepas tukar spark plug.


Setakat ni, motor ni bagus dan aku memang recommend untuk sesiapa yang cari motor untuk ride santai. Saiz motor tak terlalu besar dan tak terlalu kecil — just nice untuk semua orang. Malangnya, Honda Vario 150 dah tak dikeluarkan dan sekarang cuma varian 125 dan 160 yang ditawarkan.

Skru kecil untuk coolant reserve tank tu penting dan senang longgar. Kalau hilang, kau boleh beli ganti di Mr Diy. Cari bar code: 9076612

Wan Zulkarnain Avatar

Written by 


Comments

Leave a Reply