Review ADV 160 Selepas 33,000km

Masih perform. Masih berfungsi sebagai cara pengangkutan yang boleh diharap, sedap, cuma sedikit manja. Belting CVT dah tukar beberapa kali dan clutch plate telah tukar sekali.

Umur motosikal setakat artikel ditulis: 1 tahun 6 bulan.
Lampu kunci berkelip tanda bateri perlu diganti pada keyfob.

Kenapa manja?

Hampir setiap kali servis CVT, technician akan maklumkan yang saya perlu tukar slider. Kalau tak tukar, nanti CVT akan bunyi bising apabila motosikal dalam keadaan pegun.

Roller pun sama. Tapi, kadang-kadang ikut nasib. Boleh jadi dua (2) kali tukar slider, satu (1) kali tukar roller.

Brake pad tu ditukar selepas 26,000 km.

Prestasi

Bermula milleage sekitar 23,000 km, torque motosikal berkurangan. Sehinggalah mencapai 33,000 km, technician Impian X GB Motorworld, maklumkan yang clutch plate perlu ditukar. Lepas tukar clutch plate, torque kembali. Motosikal rasa pick up macam baru semula.

Harga agak keras. Jadi, kena bersedia untuk tukar clute plate bila milleage motosikal tinggi dan kemampuan untuk pickup dah berkurangan.

Impian X ialah showroom dan juga pusat servis untuk motosikal Honda bersesaran enjin 250cc dan kebawah. Tempat rasmi untuk dapatkan servis yang sah dari Honda.

Torque boleh pulih dengan cara tukar clutch plate. Untuk top speed, setakat ini, masih boleh capai 118km/h apabila turun bukit. Tiada apa-apa yang ditukar lagi sebab masih lagi padu. Kira ok lah untuk motosikal jalan dekat-dekat.

Motosikal ni mampu naik Genting Highlands. Baca sini.

Bunyi enjin

Lebih bising secara relatif dengan motosikal baru. Tahu cara untuk kurangkan bunyi bising enjin? Boleh share dekat comment 🙏.

Kekerapan tukar Belting CVT

Secara purata setiap 11,000 km. Belting ditukar apabila dimaklumkan oleh technician ketika buat servis CVT. Kebiasaannya ketika tukar, belting tu telah nampak kesan “crack”.

Bateri motosikal 🔋

Tak pernah tukar sejak beli. Masih ok lagi. Tiada bunyi menangis ketika motosikal nak start dan juga belum ada tanda enjin susah nak start.

Keyfob 🔑

Indikator pada motosikal dah berkelip-kelip setiap kali start enjin. Ianya menandakan bateri lemah pada keyfob. Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang isu motosikal tak detect kunci dalam jarak dekat.

Kalau bateri tiba-tiba habis? Tiada masalah. Sebab motosikal ni boleh start guna pin. Pastikan simpan nombor pin dalam smartphone.

Keyfob pendua belum pernah guna. Bateri pada keyfob kedua masih ok.

Coolant

Coolant flushing dah dibuat sekali.

Kalau ada masalah overheat (indicator enjin panas menyala), perlu masukkan coolant terus kedalam radiator. Dalam spare tank pastikan coolant dalam paras optimum.

Setakat 33,000 km, hanya sekali sahaja enjin jadi overheat (ketika travel jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru).

Rosak tepi jalan

Walaupun tak pusing throttle, tayar tu berpusing sendiri. Jika tak hidupkan enjin, tayar belakang terkunci.

Sekali sahaja. Tetapi bukan rosak sampai kena towing.

Isu ni berlaku disebabkan flusher dalam CVT (bahagian pulley belakang) haus. Hasilnya? Tayar motosikal akan sentiasa berpusing walaupun tak pulas throttle.

Flusher tu perlu ditukar. RM 8 sahaja.

Isu indikator minyak tidak tepat

Berlaku selepas first major service untuk tukar Fuel Filter. Indikator minyak jadi salah.

Apabila indikator minyak tinggal 1 bar, motosikal terus tak boleh jalan. Jika isi minyak penuh, indikator minyak sangat lambat nak turun.

Jadi, periksa indikator minyak selepas tukar fuel filter. Ada risiko technician tidak pasang dengan betul yang menyebabkan isu indikator minyak jadi tidak tepat.

Kesimpulan

ADV 160 ialah motosikal yang ok untuk yang baru nak guna motosikal. Boon Siew Honda ada sediakan pusat servis Impian X.

Kalau ada apa-apa masalah, boleh rujuk dengan mana-mana branch Impian X tanpa void warranty.

Jika masih lagi dalam proses membuat keputusan untuk membeli motosikal, you can’t go wrong dengan ADV 160.

Comments

Leave a Reply