Review Az Imran Bistro: Kedai Mamak 24 Jam di Subang Murni

2 min bacaan

Sedap. Kedai mamak yang ok. Dibuka 24 jam dan sentiasa ada pelanggan dine-in walaupun tengah malam. Penduduk Embayu Damansara West pastinya merasa paling bertuah kerana jarak untuk berjalan kaki cuma 5 minit.

Roti Kawin kuah banjir (Roti Kosong dan Roti Telur). Harga RM4.50

Lokasi

Lokasi kedai memang betul-betul disebelah kondominium Embayu dan mamak ni agak popular dengan penduduk disitu.

Koordinat: 3.1634086893716113, 101.5442430838571

Navigasi GPS: Google Maps, Waze

Waktu Operasi: 24 Jam

Pintu masuk Az Imran Bistro Subang Murni pada waktu malam
Gambar AZ Imran Bistro waktu malam sekitar jam 9 malam.

Menu Popular Sepanjang Masa

Menu biasa seperti Roti Kosong, Roti Telur, dan Roti Sarang Burung yang sangat popular ada disediakan sepanjang masa.

Roti Boom Planta dan Gula di Az Imran Bistro
Roti Boom (Roti Planta + Gula). Harga RM3.60.
Roti Kawin kuah banjir di Az Imran Bistro Subang Murni
Roti Kawin kuah banjir. RM4.50.

Kalau datang untuk sarapan atau makan tengah hari, Nasi Lemak pun ada disediakan.

Untuk Nasi Campur (Nasi Kandar), boleh makan bermula dari awal pagi sehingga habis. Biasanya selepas pukul 7:00 PM, lauk sudah mula habis.

Jika datang lepak lepas Isya\u0027, ada pilihan lain seperti Burger dan Satay.


Pembayaran

Anggaran kos untuk seorang bermula daripada RM4.00.

Resit pembayaran Az Imran Bistro Subang Murni
Teh Ais RM2.60, Teh O Ais RM1.90, Roti Kawin RM4.50 dan Roti Boom RM3.60.

Boleh bayar guna tunai dan juga melalui QR Code. QR Code yang digunakan menyokong TnG E-Wallet ๐Ÿ‘.

Bayaran melalui Kad Kredit/ Debit tidak diterima.


Persekitaran dan Parking

Kawasan parking yang luas di Az Imran Bistro
Parking ada banyak. Insya Allah datang bila-bila pun akan sentiasa ada parking.

Persekitaran kedai makan bersih dan selesa. Meja cepat dibersihkan selepas pelanggan tinggalkan meja. Sinki juga disediakan lengkap dengan sabun pencuci tangan.

Biasanya pengunjung datang dengan keluarga (isteri dan anak-anak). Memang meriah sini ๐Ÿ‘.

Kalau nak gathering ramai-ramai, tiada masalah kapasiti. Insya Allah muat. Tempat yang santai untuk orang ramai. Dekat sini juga ada WiFi percuma. Boleh datang bawa laptop ๐Ÿ’ป dan buat kerja disini jugak.


Grabfood & Foodpanda ๐Ÿ›ต

Untuk penduduk sekitar, boleh pesan makanan dari Az Imran Bistro melalui Grabfood dan Foodpanda. Jadi, kalau tak dapat datang ke kedai, boleh pesan online. Makanan terus sampai kerumah.


Kesimpulan

Teh Ais segar di Az Imran Bistro
Teh Ais ๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค

Kedai makan yang mesti datang.

Rating: ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ (4/5)

Comments

Leave a Reply