Adakah Monorack Givi Untuk ADV 160 Bagus?

Tidak. Saya telah menggunakannya selama 5 bulan. Besinya patah. Saya telah buat welding, dan patah juga. Kini, saya tidak lagi guna Box.

Latar belakang penggunaan

Jumlah kilometer yang digunakan ialah 11,000km ketika monorack tersebut patah.

Jalan yang saya gunakan pula banyak lopak, menyebabkan getaran yang kuat. Berkemungkinan ianya salah satu punca juga monorack tersebut patah.

Anehnya, monorack tersebut hanya patah pada sebelah sahaja. Pada kedudukan tunggangan motor, ianya pada belah kanan.

Saya telah pastikan tidak terlalu berat sangat muatan yang dikenakan kepada box supaya monorack tidak menanggung beban yang besar.

Welding

Saya buat Welding di Saujana Motor, Flora Damansara. RM 30 sahaja. Tauke kedai dah beritahu yang welding ni tak kuat dan mudah patah sekali lagi. Saya dinasihatkan supaya ganti baru dan bukan buat welding oleh tauke.

Oleh sebab itu, saya pun nak beli baru. Malangnya, bila nak pasang, baru perasan monorack untuk ADV 160 tiada stok. Hanya ada stok untuk ADV 150.

Disebabkan saya bimbang monorack tersebut patah pada sebelah kiri, maka saya buat welding juga untuk beri sokongan sedikit pada sebelah kiri.

Saya suka kedai ni. Buat kerja bagus. Kalau motor rosak, boleh datang sini. Nak buat welding pun boleh ๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

Patah lagi

Base Givi yang saya gunakan ada lampu brek tambahan. Saya bimbang kalau kedua-dua kaki monorack tersebut patah, akan menyebabkan sambungan wayar tertarik dan merosakkan wayar dalam motor.

Seperti yang dimaklumkan kepada saya, welding tersebut tak tahan. Monorack tersebut patah semula. Saya buat keputusan untuk tidak guna box. Susah nak bawa barang. Tapi, senang dapat ketenangan hidup.

Caj untuk pasang wayar lampu brek tambahan di Impian X lebih kurang RM 30.

Caj untuk cabut monorack di Impian X ialah RM 12.

Saya suka buat di Impian X kerana kerja mekanik sangat kemas. Walaupun cajnya agak mahal, saya rasa ianya berbaloi (dengan hasil kerja yang kemas). Impian X yang saya maksudkan ialah Impian X Subang (JJ Motorworld Sdn Bhd).

Kesimpulan

Kalau nak guna Box pada ADV 160, jangan guna monorack Givi. Beli yang lebih tahan lasak, iaitu yang boleh tahan beban sekurang-kurangnya 20kg. Harga mungkin keras, tetapi ketenangan fikiran adalah lebih utama.

Dengar cerita, monorack dari SRC Malaysia kuat. Tapi, saya belum cuba sebab keutamaan perbelanjaan adalah ditempat lain buat masa ini.

Berhati-hati dijalan raya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *