Aiskrim coklat baru di IKEA INI rasa macam Oatside Coklat. Manis. Kon pula rasa biasa saja, sama macam aiskrim soya. Harga promosi ialah RM3.50 untuk 2 kon, manakala harga biasa ialah RM2.50 per kon.
Category: Food Reviews
-

Review Air Choco Mint dari Farm Fresh
Menyegarkan. Air susu berperisa coklat dari Farm Fresh yang sedap. Untuk individu yang sedang mengawal pengambilan gula, perlu minum dengan berhemah. Bukan sebab terlalu manis, tapi sebab takut tak dapat berhenti minum. Sedap sangat.
(more…) -

Review Az Imran Bistro: Kedai Mamak 24 Jam di Subang Murni
Sedap. Kedai mamak yang ok. Dibuka 24 jam dan sentiasa ada pelanggan dine-in walaupun tengah malam. Penduduk Embayu Damansara West pastinya merasa paling bertuah kerana jarak untuk berjalan kaki cuma 5 minit.
(more…) -

Review Barba Bros n Cuz Subang Murni: Port Tomyam Carbonara yang Padu!
Sedap. Menu pertama yang ada pada senarai di kedai Barba Bros ialah Tomyam Carbonara. Ianya menu yang paling sedap dan mesti beli untuk pelanggan kali pertama datang kesini.
-

Review Sos Cili Bumi Hijau
Sedap. Rasa cili dari sos ni agak unik. Sedap dimakan dengan telur goreng, telur dadar, ayam goreng dan burger. Kali pertama dengar ialah melalui video promosi Rahman Chea/Kanafly yang bertajuk “Promoter Tahap Tinggi”.
-

Sedapkah Air Kotak Oatside?
Ya. Sedap. Buat yang kali pertama minum, rasa kali pertama minum air ni, akan teringat air soya yang tidak manis. Rasanya tidak tawar, penuh krim akan tetapi, tidak terlalu pekat. Perasaan yang sangat unik dan semua orang perlu cuba.
-

Review Jacobs Weetameal
Biskut yang mudah untuk dimakan. Kalau diasrama, biskut ni boleh makan cicah dengan air kosong. Walaupun air tak panas, apabila direndam, biskut ni akan jadi lembut.
-

Review Nasi Kukus Ayam Berempah Al-Baraq (TTDI)
Lokasinya dekat dengan MRT TTDI. Dekat juga dengan menara Glomac dan kompleks beli belah Glo Damansara. Ianya warung dengan harga yang paling berpatutan disitu (RM 7).
(more…) -

Review Sate Famili (Meru)
Saya dengar kedai makan ni dari kawan. Jadi, saya pun datanglah untuk makan. Tak jauh sangat dari lebuh raya Dash. Kalau dari Damansara, ambil Dash sampai hujung dan exit ke UiTM.
(more…) -

Review Nasi Lemak Saleha (Setapak)
Saya pertama kali dengar Nasi Lemak Saleha ni melalui Foodpanda. Dulu nasi lemak bungkus ni dijual oleh vendor yang buka gerai di dalam stesen LRT Bangsar. Kali kedua dengar di channel YouTube Financial Faiz.
(more…)
