Review NSS 250 (Forza) Selepas 1 Bulan

Saya telah guna NSS 250 (Forza) keluaran Honda selama satu bulan. Motosikal ni telah sampai banyak tempat. Tempat paling mencabar ialah Masbro Hidden Village, Lenggong, Perak. Jumlah jarak perjalanan sehingga kini ialah sejauh 4,800km. Setakat ini, motosikal ni seronok untuk ditunggangi.

CVT

Saya menggunakan motosikal Honda ADV 160, sebelum bertukar kepada NSS 250. Pengalaman menggunakan ADV 160, komponen CVT cepat rosak ialah Slider (paling kerap rosak) dan Roller. Mungkin sebab selalu naik dua orang dan berat keseluruhan sekitar 110kg.

Setakat 4,800km perjalanan dengan NSS 250, belum ada isu Roller dan Slider lagi. Walaupun setelah ride ke Masbro Hidden Village. Belting, slider, roller semua masih ok. CVT tidak bunyi bertukang seperti yang kebiasan akan kena pada ADV 160 apabila long-distance ride.

Ada tempat menunggu yang selesa sementara menunggu motosikal diperiksa @BigWing Damansara.

Kelajuan Tertinggi (Top Speed)

Kelajuan maksimum ialah 155km/h, iaitu pada ketika jalan curam kebawah dan pada throttle maksimum. Kelajuan yang senang dapat ialah sekitar 110km/h sehingga 120km/h.

Prestasi tayar

Tayar asal (kilang) memang dah ok untuk tunggangan yang biasa yang tidak agresif.

Brek

Pernah mengalami situasi motosikal depan tiba-tiba brek mengejut dekat lampu isyarat berdekatan Lapangan Terbang Subang. Brek mengejut, tapi motosikal tidak menggelongsor.

Prestasi penggunaan minyak petrol

Isian penuh RON 95 boleh ride dari Bandar Sekinchan sehingga tamat WCE di Changkat Jering. Kiranya tidak jadi masalah walaupun tiada langsung perhentian/R&R/stesen minyak sepanjang lebuh raya.

Ride dari Sungai Besi sehingga Cafe In The Farm (Melaka), hanya perlu satu isian.

Ride dari Subang Airport menuju ke Utara melalui Lebuhraya Utara Selatan, boleh isi minyak di R&R Simpang Pulai. Masih ada lagi 2 bar minyak.

Kalau ikut meter, penggunaan purata minyak ialah sekitar 29km untuk setiap satu liter minyak (semestinya bergantung kepada cara memandu semasa).

Keseluruhan

NSS 250 ialah motosikal skuter yang OK. Kalau nak beli, beli dengan Honda BigWing Damansara (Fast Bikes). Dekat sini, diorang akan layan kita baik-baik. Saya tak rasa macam kena judge dan rasa very welcoming.

Cari sales agent nama Sumaizita. Insya Allah akan dapat tour showroom dan maklumat lanjut apa yang best pasal motosikal ni.

Facebook BigWing Damansara

Facebook Fast Bikes

Walaupun NSS 250 adalah motosikal paling kecil ketika ride ke Melaka, Alhamdulillah ride tak jadi lambat. Sebaliknya, ride sampai awal 1 jam dari tentatif!

Ride ke Cafe in The Farm (Melaka) dengan team Fast Bikes Wingers.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *