Kerajaan Madani nak rasionalkan subsidi Diesel dan Petrol. Aku harap pemandu jadi pemandu yang lebih baik dan lebih bertimbang rasa di jalan raya. Ni sebab kenapa dua benda tu berkaitan.
Pandu kereta dengan full throttle untuk pecut akan habiskan minyak lebih cepat berbanding pemanduan biasa.
Jadi, harapan aku, lepas subsidi blanket untuk minyak ditarik, pemandu lebih sedar yang tingkah laku mereka bukan setakat bahayakan pengguna jalan raya lain, tapi juga kesan pada kewangan sendiri.
Tak ok bila orang-orang tu pandu melulu dengan penggunaan minyak tinggi, lepas tu isi minyak dengan petrol bersubsidi. Kenapa kita perlu bayar orang ni (bagi subsidi) yang akhirnya boleh bunuh kita di jalan raya?

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.