Kau baca betul-betul. ADV 160 (2023) mampu ride sampai ke puncak Genting Highlands. Aku dah buat dua kali dari Damansara ke Genting Highlands.
Jumlah masa riding dari Damansara ke Genting Highlands antara 1.5 jam sampai 2 jam (sehala). Ni sebab aku ride slow, motor ni pun tak berapa kuat, dan keadaan trafik pun padat — itu anggaran yang cukup baik kalau kau nak plan buat perkara sama
Kos minyak dalam lingkungan RM 6.50 sampai RM 7.00 untuk perjalanan pergi balik. Dari pengalaman aku, cuma makan 3 bar minyak bila aku sampai balik di Damansara.
Kos lain sifar. Sebab parking motor percuma (Parking First World Hotel), jadi kau tak perlu belanja sesen pun untuk miscellaneous.
Perkara yang kena hati-hati
Semua di atas tu memang mahal. Dari tinjauan rawak aku ke kedai retail, cuma Uniqlo yang OK. Aku andaikan Uniqlo ada margin yang bagus sampai mereka tak perlu naikkan harga. Makanan dan minuman hampir semuanya dua kali ganda berbanding Damansara.
Bawa makanan sendiri benda terbaik untuk buat bila kau ada budget ketat, tapi masih nak jalan-jalan ke Genting.
Aku cuma jumpa surau di Skytropolis. Aku tak tahu kalau surau ada di tempat lain, tapi itu surau paling senang nak jumpa. Tandas paling elok pun dekat dengan surau dan tandas di tempat lain kotor dan tak sesuai guna.
Selain tu, kalau kau first timer, pastikan bawa raincoat dan hand gloves. Ni jadi sandaran bila kau terkejut dengan suhu sejuk yang membeku.
Stereotaip yang aku sendiri percaya
Sebelum pengalaman ni, aku fikir Genting tempat untuk letak bet dan berjudi. Tapi perspektif aku berubah — Genting Highlands ni gabungan theme park, shopping mall dan lain-lain (malangnya termasuk Skycasino).
Naik sorang-sorang? Fikir dulu
Pergi ke Genting Highlands sorang-sorang mungkin buat kau rasa sedih. Cuba ride dengan kawan. Pengalaman akan jadi lebih baik.
Liputan rangkaian di atas
Aku guna Yes 4G dan juga U Mobile. Kebanyakan masa di SkyAvenue, aku tak dapat sambungan untuk Yes 4G. Jadi, kalau provider data kau cuma Yes 4G, kau mungkin perlu pertimbangkan telco lain. Tapi, U Mobile pun tak sempurna (maaf, ni cuma dari pengalaman aku
Jadi, berbaloi ke?
Genting Highlands tempat yang bagus untuk ride dan rasa alam semula jadi. Tapi, kau cuma kena pastikan kau tak tergesa-gesa nak sampai. Aku nampak banyak kereta tersangkut di tepi jalan.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.