Pelan data terbaru dari Yes 5G ni pelan data paling best yang pernah aku jumpa. Dengan RM 35 sebulan untuk kuota 100GB dan tiada had kelajuan, itu je yang aku perlu. Ikut statistik, purata penggunaan data sebulan sekitar ~30GB. Jadi kuota 100GB sebulan dah cukup, dan ni pelan data terakhir yang kau akan perlukan.

Tapi guna Yes 5G sorang-sorang memang risiko, sebab coverage dia tak seluas Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Jadi jangan harap 100%.
Contohnya, masa aku pergi ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, langsung tak ada coverage Yes 4G (Oktober 2019). Jadi aku guna slot sim kedua untuk langgan U Mobile Pakej Perpaduan, yang bagi 30GB data dengan harga RM 30 je dan sah untuk 180 hari.
Jadi bila tak ada coverage Yes 4G/5G, aku boleh fallback ke U Mobile supaya aku sentiasa ada internet, tak kira aku berada di mana.


Update: Internet tetap ada walaupun kuota 100GB dah habis. Ikut komen Facebook, kelajuan akan jadi 256Kbps.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.