Menyegarkan. Air susu berperisa coklat dari Farm Fresh yang sedap. Untuk individu yang sedang mengawal pengambilan gula, perlu minum dengan berhemah. Bukan sebab terlalu manis, tapi sebab takut tak dapat berhenti minum. Sedap sangat.
Dekat mana boleh beli?
Lotus. Kebanyakan pasar raya pun ada 🛒.
Harga 🏷️
RM 9.70 (setakat 10 April 2025). Pro-tip, take note untuk tarikh luput pada label. Biasanya apabila dekat dengan tarikh luput, pasar raya akan letakkan sebagai “Release to Clear” (RTC).
Barang dengan label RTC biasanya akan dapat potongan separuh harga. Biasanya dipasar raya, ianya akan ditandakan dan diletakkan ditempat mudah lihat.
Apa rasa? 🤔
Rasa susu coklat dan ada rasa sejuk angin pudina. Seolah-olahnya minum air susu coklat sambil telan ubat gigi. Ada orang tak suka rasa ubat gigi.
Susu Berperisa Coklat Pudina
Ramuan
Susu lembu, gula, serbuk koko (1.7%), bahan perisa makanan yang dibenarkan & ekstrak Ashwagandha (0.02%).
Ada Halal JAKIM 💯.

Keseluruhan
Sedap. Boleh minum.
5 bintang: 🌟🌟🌟🌟🌟

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.