Telur Ayam Murah Di Kuala Lumpur

Boleh didapati di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (Pasar Besar TTDI). Harga untuk sebiji telur ialah 38 sen untuk gred C, 40 sen untuk gred B dan 42 sen untuk A. Beroperasi setiap hari (kecuali hari Isnin) dari jam 6 pagi hingga 2 petang.

Telur Ayam Gred B

Kebanyakan pasar raya jual telur ayam gred A yang biasanya diletakkan tanda harga sekitar RM 6 – RM 8 untuk setiap sepuluh biji. Ini bermakna, satu biji telur ayam ialah 60 sen. Jadi, untuk warga kota yang berpeluang untuk beli-belah di Pasar Besar TTDI, dapat jimat sedikit untuk beli telur ayam.


Kualiti Telur Ayam ๐Ÿฃ

Ayam yang dibeli disini tahan lebih lama berbanding dari yang dibeli dari Pasar Raya. Mungkin sebab kadar pusing ganti stok di Pasar Basah lebih cepat berbanding telur yang dijual di Pasar Raya.

Telur Ayam mentah akan tahan lebih lama sekiranya disimpan di dalam peti sejuk. Simpan didalam peti sejuk untuk jangka hayat telur yang lebih lama.

Telur Ayam Gred B. Bawa bekas sendiri.
Kebanyakan telur ayam tak nampak kotor sangat. Telur ayam mesti dibasuh sebelum guna.

Harga ๐Ÿ’ต

  • Gred A = 42 sen/biji
  • Gred B = 40 sen/biji
  • Gred C = 38 sen/biji

Walau bagaimanapun, harga telur ayam mungkin berbeza mengikut hari. Harga tidak semestinya sama pada setiap hari.

Nota: Pastikan anda bawa bersama bekas telur jika anda hanya mahu beli 10 biji telur.

Waktu Jualan ๐Ÿ••

Boleh dapatkan seawal selepas waktu subuh atau selewat-lewatnya sebelum waktu zohor.

Pintu masuk disebelah menara LGB.

Jadi, jika mahu beli telur ayam pada hari bekerja, jika waktu rehat lunch ialah pukul 12:30 PM, maka sempat untuk beli telur disini. Dekat tingkat atas ada jual pelbagai makanan untuk menu tengah hari.

Anda juga boleh sarapan pagi disini. Ada pelbagai menu sarapan pagi yang dijual ditingkat atas. Jadi, sambil beli telur ayam, boleh juga menikmati pelbagai jenis menu sarapan (Roti Canai, Kuih Muih, dan lain-lain) ataupun menu makan tengah hari.


Parkir Kenderaan ๐Ÿš—

Untuk kereta, ada ruang parkir ditepi dan dibawah pasar basah. Jadi, tak perlu risau untuk parkir kereta disini.

Untuk motosikal, ruang parkir agak jauh. Jadi, perlu berjalan sikit untuk sampai ke Pasar.

Untuk pejalan kaki, Pasar Besar TTDI berjarak lebih kurang 10 minit perjalanan dari MRT TTDI Deloitte. Untuk warga kota yang mahu bersenam pagi sambil beli telur ayam, maka, ini aktiviti yang sesuai.


Kebersihan Persekitaran โœจ

Selesa, bersih dan tidak basah. Tidak seperti pasar basah yang lain, lantai pasar bersih dan persekitaran tidak terlalu berbau. Maknanya, anda tidak perlu risau baju berbau ikan jika datang kesini semata-mata untuk membeli telur ayam.

Lantai tak basah. Kering dan nampak bersih.

Cara Pembayaran ๐Ÿงพ

Boleh bayar guna QR Code dan juga melalui Tunai. Biasanya saya guna Touch n’ Go E-Wallet. Mudah ๐Ÿ‘


Lokasi ๐Ÿ“

Cari guna keyword: Pasar Besar TTDI, Jalan Wan Kadir.

(6 pagi – 2 petang, setiap hari. Tutup Isnin)

Waze

Google Maps


Komen lain

Sumber protin yang paling murah untuk Pasar Basah TTDI ialah Telur Ayam. Harga protin yang lain ialah bersesuaian dengan lokasinya, iaitu Taman Tun Dr Ismail.