Review Tomyam Carbonara Barba Bros & Cuz (Cyberjaya)

Sedap. Menu pertama yang ada pada senarai di kedai Barba Bros ialah Tomyam Carbonara. Ianya menu yang paling sedap dan mesti beli untuk pelanggan kali pertama datang kesini.

Lokasi kedai

Kedai makan di Tamarind Square Cyberjaya. Berdepan dengan kedai roti dan bersebelahan dengan San Francisco Coffee. Jika jumpa kedai Tealive, maksudnya memang dah dekat sangat dah.

D2-03-01, Tamarind Square 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Google maps.

Waktu operasi: 12:00 Tengah Hari sehingga 10 Malam setiap hari.

Ruang parkir (kereta) berbayar ada banyak. Jadi, tak perlu risau cari parking dikawasan Tamarind Square.

Untuk Motosikal, parkir percuma.


Menu & Harga

Setakat artikel ini ditulis, saya telah cuba 2 menu. Pertama ialah Tomyam Carbonara (P1) dan kedua ialah Crispy Chicken Chop (C2).

Harga adalah seperti yang diambil dibawah atau boleh juga rujuk terus di laman web Barba Bros.

Mesti cuba menu P1 TOMYAM CARBONARA. Pilih Diced Chicken. Ini menu depan.
Ini menu muka belakang.

Perbelanjaan untuk seorang makan sekitar diantara RM 20 hingga RM 35.

Pro-tip: Air mineral dan Ais kosong percuma disini tanpa had!

Review Tomyam Carbonara Barba (P1)

Rasa creamy, cukup rasa dan tak muak. Portion yang diberikan adalah cukup-cukup untuk dihabiskan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu sedikit.

Limau nipis diletakkan diatas pasta tu ketika dihidangkan. Dah perah limau, baru ingat nak ambil gambar.
Gambar jarak dekat.

Rating Tomyam Carbonara (P1)

10/10. Mesti pergi untuk peminat pasta.

Menu Tomyam Carbonara secara asal tidak ada sumber serat. Jadi, sebaiknya tambah RM 3.90 untuk sayur sebagai sumber khasiat serat. Serat penting untuk membantu mengurangkan lonjakan gula dalam darah.


Crispy Chicken Chop (C2)

Rasa chicken chop ok dan kentang ok. Roti pula sangat lembut dan ada ngam. Hanya coleslaw sahaja tidak menepati selera. Secara keseluruhan, sedap. Cuma, saya lebih menyukai menu Tomyam Carbonara.

Roti bun ada tersembunyi disebalik ayam.

Rating Crispy Chicken Chop (C2)

6/10


Persekitaran

Kedai bersih. Ada banyak tempat duduk. Insya Allah kalau dine-in, akan ada tempat duduk. Pelanggan tidak terlalu ramai. Jadi, boleh makan sambil lepak-lepak dengan kawan. Ada meja dibuka dikaki lima. Santai untuk makan malam lepas maghrib.

Staf kedai juga cepat, pantas dan tuntas. Baru duduk, terus datang bagi menu. Masa makanan disiapkan juga ok, tidak terlalu pantas dan tidak juga lewat. Sempat berbual satu-dua perkara sementara makanan disiapkan.

Boleh bayar guna kad dan e-wallet. Jadi, tak perlu risau jika terlupa bawa wang tunai.


Keseluruhan

Kedai makan yang mesti datang untuk peminat pasta.


Pautan berkaitan

Instagram

Facebook

Laman web rasmi Barba Bros

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *