Review Sos Cili Bumi Hijau

Sedap. Rasa cili dari sos ni agak unik. Sedap dimakan dengan telur goreng, telur dadar, ayam goreng dan burger. Kali pertama dengar ialah melalui video promosi Rahman Chea/Kanafly yang bertajuk “Promoter Tahap Tinggi”.

Tidak ada promoter macam ni dalam realiti. Tapi, dalam hati kita, ada perasaan yang sama, seolah-olah diekori oleh promoter. Biasanya jadi apabila masuk dalam kedai elektronik.

Harga

Ada pelbagai isipadu. Sos cili yang dijual di Lotus adalah jenis 340g. Dijual pada harga RM 2.75 sebotol (kaca).

Ada pelbagai jenis lagi yang boleh disemak disini.

Boleh makan buah cicah dengan telur dadar 👍

Ramuan

Gula, Kanji terubahsuai, Garam, Lada, rempah Ratus, Mengandungi Pengawal Asid (INS 260), Pengawet (INS 211), Penstabil (INS 466) dan Pewarna Makanan yang Dibenarkan (INS 124).

Ramuan utama untuk kebanyakan Sos Cili ialah gula. Jadi, sos cili mestilah digunakan secara sederhana.

Sedap ke?

Penggemar sos cili Kimball sepatutnya tiada masalah untuk gunakan Sos Cili Bumi Hijau. Rasanya unik dan tiada istilah yang mana satu jenama lagi sedap dalam kes ini.

Dekat mana boleh beli?

  1. Lotus
  2. Mydin

Overall 9/10.

Beli sos cili Bumi Hijau (Shopee)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *