Sedapkah Air Kotak Oatside?

Ya. Sedap. Buat yang kali pertama minum, rasa kali pertama minum air ni, akan teringat air soya yang tidak manis. Rasanya tidak tawar, penuh krim akan tetapi, tidak terlalu pekat. Perasaan yang sangat unik dan semua orang perlu cuba.

Label pada kotak, mereka tidak claim ianya susu. Sebaliknya, ianya hanya dilabel sebagai “Oat M*lk” tanpa mengeja dengan huruf “i”. Maka, jika anda fikir ianya adalah susu + oat, ianya masalah anda.

Bancuh sedikit air milo, letakkan ais dan penuhkan dengan Air Oatside. Sedap 👍.

Cara minum

Boleh minum begitu sahaja. Nah bancuh dengan air milo pun boleh. Rasa milo akan jadi lebih creamy. Air oatside coklat tak manis sangat. Rasa macam milo yang kurang manis.

Harga

RM 9.90 sekotak untuk 1 liter setakat 9 Disember 2024, harga ini terpakai di Lotus (Mutiara Damansara) dan juga di Jaya Grocer (Glo Damansara). Kedai serbaneka seperti 7-Eleven jual pada harga sekitar RM 11.90. Harganya agak premium. Jadi, kalau minum hari-hari, boleh habis duit. Jadi, mesti kena beringat ketika membeli.

Lokasi

Offline dan online.

  • Lotus (Offline)
  • Jaya Grocer (Offline)
  • 7-Eleven (Offline)
  • Family Mart (Offline)
  • Lazada & Shopee (Online)
  • E-Mart 24 (Offline)

Kedai berbeza, tawarkan harga berbeza. Kadang-kadang kalau ada promosi, mungkin boleh dapat sedikit lebih murah daripada RM 9.90.

Keseluruhan

Boleh minum. Sedap. Tapi mahal.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *