Review Jacobs Weetameal

Biskut yang mudah untuk dimakan. Kalau diasrama, biskut ni boleh makan cicah dengan air kosong. Walaupun air tak panas, apabila direndam, biskut ni akan jadi lembut.

Harga

RM 8.99 untuk 18 pek bungkus biskut. Setiap satu bungkus biskut ada 6 keping. Berat bersih satu pek ini ialah 502gram.

Cara makan

Celup dalam air. Tak kisah panas atau sejuk. Apabila biskut dah lembut, boleh makan.

Sedap ke?

Sedap. Biskut ni tak manis sangat.

Kelebihan

Tinggi serat. Kalau yang sembelit, boleh makan ni waktu sarapan pagi. Kalau tiba-tiba lapar waktu malam, boleh makan biskut ni dengan air susu.

Disebabkan tinggi serat, biskut ni boleh membantu untuk kita rasa kenyang.

Dekat mana boleh beli?

Dekat pasar raya seperti Lotus, Speedmart dan kebanyakan kedai runcit.

Overall 10/10. Mesti beli

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *