Saya dengar kedai makan ni dari kawan. Jadi, saya pun datanglah untuk makan. Tak jauh sangat dari lebuh raya Dash. Kalau dari Damansara, ambil Dash sampai hujung dan exit ke UiTM.
Sate Ayam
Masa menunggu tak lama sangat. Harga secucuk RM 1.50. Rasa sate ayam sedap. Ayam tu tak kering. Ngam ngam gitu.
Kuah Kacang
Kuah kacang dia ok jugak. Sayur timun tak kedekut. Banyak dia bagi.
Nasi Impit
Nasi impit dia yang panjang tu. Bukan nasi impit plastik. Memang terbaik ni.
Parking
Ruang parking banyak. Tak kalut. Nak datang dengan kereta ok, datang dengan motosikal pun ok.
Makanan lain
Ada banyak pilihan makanan yang lain. Bukan setakat sate. Cuma spaghetti Bolognese ikut citarasa orang sini.
Ada chicken chop Naruto. Lain macam. Next time boleh try.
Ada juga laksa, bihun sup, dan lain-lain. Kira macam one stop centre untuk makan gitu.
Overall 8/10.
Leave a Reply