Allah berfirman dalam Ayat 11 Surah Ar-Ra’d yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Ayat penuh surah Ar-Ra’d ayat 11 adalah seperti berikut:
{ لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ } Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. |
Sesuatu pihak tidak mungkin dapat mengubah nasib sesuatu pihak yang lain, melainkan keputusan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan untuk menghubah nasib dirinya sendiri.
Apabila Tuhan mengatakan “Allah tidak mengubah… sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka”, ianya suatu peringatan untuk kita semua.
Tidak ada daya usaha untuk kita menentukan kehidupan seorang yang lain, melainkan seseorang itu sendiri menentukan kehidupannya.
Menafikan hakikat ini bermakna kita cuba melangkaui batasan ini. Maka, seharusnya ada keyakinan pada setiap masa bahawa bukan hasil yang dinilai, tetapi usaha kearah kebaikan itulah sebenarnya dinilai.
Manusia pada fitrahnya inginkan kebaikan keatas dirinya dan orang lain akan sentiasa bertarung dalam menghadapi hakikat kehidupan ini.
Hal ini kerana, ada ketika manusia melawan fitrahnya dengan membuat keputusan yang buruk keatas dirinya dan hanya mahu keseronokan yang pendek yang tidak kekal lama.
Keputusan dengan pertimbangan jangka pendek yang menyenangkan hidup untuk seketika, tetapi rugi dan menyusahkan diri sendiri dalam jangka panjang.
Itulah dia manusia.
Manusia yang melampaui batas, iaitu yang melawan fitrahnya (mahukan kebaikan keatas dirinya) dengan mengambil kesenangan yang sekejap dengan mengorbankan nasib diri sendiri dalam jangka masa panjang.
Suka hatilah manusia.
Leave a Reply