Cerita semua apa yang didengari

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar. Riwayat Muslim (4)

Renungan

Apabila menerima perkhabaran tentang sesuatu, perlulah dipertimbangkan kewajarannya terlebih dahulu. Tidak perlulah menjadi gopoh dan juga ingin menjadi juara untuk menunjuk “akulah yang paling tahu“.

Alternatif yang ada

Sekiranya perkhabaran itu difikirkan penting untuk diberitahu (dalam keadaan tidak dapat dipastikan kewajarannya), hendaklah dilengkapkan dengan penafian yang jelas, nyata dan terang. Hal ini bagi memudahkan pihak yang menerima untuk memahami status sesuatu perkhabaran dan juga untuk menjaga kredibiliti diri.

Hakikat hidup

Ada banyak lagi perkara yang nyata dan terang untuk disebarluaskan. Antaranya termasuklah seperti kasih sayang antara suami isteri, kasih sayang ibubapa dengan anak-anak, memperingati sesama sendiri tentang solat, dan mencegah kejahatan.

Untuk perkara yang samar, jadikannya sebagai sekadar suatu perkhabaran yang “kita pernah dengar” sahaja. Tidak perlulah dibesarkan kerana masih banyak lagi perkhabaran yang lain yang lebih bermanfaat.

Wallahua’lam.

Ilham: Laman Web Muftiwp

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *